- To me, on this day, and every day, my best wishes, my utter joy at knowing myself who i am, my happiness, and my hopes that my long life is forever filled with joy, peace, satisfaction, and laughter.
March 27, 2009
270386
March 25, 2009
March 12, 2009
March 11, 2009
March 10, 2009
RINTIHAN HATIKU.....
Dan itu bukan kehendak ku
Itu juga bukan kemahuanmu
Menodai percintaan ini
Dosakah aku menyintaimu
Setelah engkau dimiliki
Aku gagal memujuk hati ini
Untuk terus melupai dirimu
Merebah rindu pengubat duka
Demi ku menyintaimu
Menyayangi dirimu
Meskipun sekadar dalam mimpi
Pergilah sayang kepadanya
Kerna dia lebih memerlukanmu
Pengorbanan sudah lama jadi milikku
Jangan kau kesali
Aku tidak tahu mengapa harusku
Menyintai dirimu
Mungkinkah kau ada jawapan yang lain
Terangkan padaku
Agar tidak sesal
Mengharapkan kasih pada yang berpunya
Agar kita sama merelakan
March 5, 2009
RISAU NYERRRRRR.....
Kenapa dengan saiz badan aku yang sekarang nie?..Duduk rumah sendiri...,
sentiasa ada bahan untuk dimasak dan
dimakan setiap hari jika kelaparan... Kalau tak lapar pun, mulut ni mesti
*****
Dalam keasyikkan aku sebegitu selama 2 bulan nie, aku mula terasa saiz
badanku sudah mula mengembang...muka semakin
tembam....apatah lagi dibahagian-bahagian yang sangat sensitif akan
ketumbuhan lemak..semakin banyak lemak..waduhhhh....
*****
Lebih dahsyat lagi,..semua baju kurung aku dah tak
muat,...ketat giler..kalau pakai baju kebaya, perghhhh...lagi
lah..terkepot-kepot aku nak berjalan dan memulakan langkah...nak masuk
keta pulak, aku terpaksa melabuhkan punggungku terlebih dahulu...kemudian,
barulah aku mengangkat kedua-dua kakiku sekaligus....korang dapat bayangkan tak
betapa seksanya aku mengenakan baju kebaya tu..huh.....
seksa beb!!
*****
1) malas lah nak fikir..
2) buang je semua baju tu..
3) senang hati...
4) pastu beli baju baru..
5) abes cerita..
6) gemuk pun gemuklah..
*****
ermm....oke ke step-step yang aku wujudkan nie?
*****
HaaaahHH?...GEMUK???
?
?
?
?
?
Tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.....
*****
macam mana nie???...risau nyerrrrrrrrrrrrr......
March 4, 2009
March 2, 2009
TAK FAHAM BAHASA KE??
Somebody: sue, u ade pakwe tak?
Sue: Tak de...I single sekarang nie..
Somebody: Hish....x caye la...
(Respon die yang pertama ni je buat aku HILANG MOOD nak teruskan perbualan...xpe-xpe..aku layan dulu..)
Sue: Laaa...betul la single...Kenapa lak x caye..?
Somebody: Tipu la kalau xde pakwe girl sekarang ni...
(Perghhhh...bongok siut..dia ingat girl ni macam kain baju ke? senang laku kalau jual kat pasar malam?...Sentiasa ada tempahan kalau kat Butik-butik terkemuka?)...huh..aku dah mula angin nie..tapi aku still jawab dengan nada yang lembut...
Sue: Erm..kenapa u cakap macam tu?...bukan semua girl senang dapat pakwe, and me now ni memang xde..so, buat pe nak tipu u..
Somebody: Alaa, kadang-kadang tu, diorang ada pakwe pon kata xde pakwe...
(Huh..imagine la korang muka aku sekrang nie merah padam dan telinga kiri dan kana mula berasap...kali ni memang nak kena maki hamun mamat nie..)
Sue: Erm..macam ni u rupanye... susah sgt nak percaya pada girl..macam mana la girl lebih nak percaya kan lelaki kalau selalu syak yang bukan-bukan..dah I cakap xde, means xde lah..and why u asik ckp girl sekarang ni, girl sekarang ni...kan u tgh cakap dgn I...
(Ambek kau sebijik)
Somebody: Alaa..jgnlah marah..I tanya jerk..
Sue: Dan I pon menjawab jerk..the thing is, I had heared this question from many guys..bukan u sorang jerk..kadang-kadang tu nak je I jawab xpayah tanya I ade pakwe or tak kalau setiap jawapan I tu mesti dipersoalkan...
Ntah2, u ni x faham bahasa Melayu kot?.. .I boleh jerk ckp Perancis..nak?
(Ambek ko 2 bijik...Mentang2 lah amek 3rd language perancis, sampai da tahap geram sangat nie aku keluar kan aje ape yg terlintas kat otak aku)
Somebody: Eh, u bole cakap perancis ke?..cube u cakap sikit...I nak dengar la..hehehe...
(Boleh pulak nak loya buruk ngan aku yang tengah panas nie...arghhh, babai lah jawabnya)
Sue: Lain kali jerk la...erm, okelah u, I ade keje ni...
Somebody: Laa, u marah kat I ke?
Sue: Wat ever..bye..
(Aku terus mematikan talian telefon tu..malas giler nak layan...baik-baik ade mood nak borak, terus xde mood..dah la borak topik yang aku x suke nak jawab...dah jawab x caye lak..pastu tanya marah ke tak, marah ke tak...sakit hati nyeeeee)
Eh guys, peduli ape korang aku ade pakwe ke tak, single ke tak...cukup baik aku nak jawab...
Emo seh aku...
p/s: Nak tanya tu boleh dan tak salah pun sebenarnya..tapi jangan sesekali menggugat kepercayaan tu..
February 27, 2009
CERITA TENTANG IBUKU.....
Ibu..ibu...ibu...
Nak bangun pagi mesti dengar suara ibu dulu sebelum dengar suara orang lain dalam rumah aku..Setiap hari dia akan bangun lebih awal daripada yang lain untuk melakukan aktiviti hariannya seperti mengemas rumah, basuh pakaian, menyediakan sarapan, kejutkan ayah, dan termasuk aku..
Begitulah kerja harian ibuku...
Bila ayah balik keje, ayah mesti cerita semua hal yg berlaku kt ofis pada ibu...Bila adik aku pulang dari kerja, dia juga melakukan perkara yang sama bercerita masalah, berkongsi pengalaman bersama ibu...Dan macam tu jugak aku...di UiTM dulu, hampir 2 hari sekali aku pasti akan menelefon ibuku yg berada di Johor Bahru sekurang-kurangnya untuk bertanyakan khabarnya, barulah aku akan bercerita jika ada perkara-perkara yang menarik untuk aku berkongsi dengan ibu...
(yang pasti aku tidak akan sesekali menceritakan perkara yang buruk yang boleh buat ibu risau tentang diriku)
Begitulah ibuku sebagai pendengar yang setia....
Bila datang bil elektrik, bil astro, bil air, paip bocor, atap bocor, engsel pintu tertanggal, rumah berserak macam tongkang pecah, bilik air tak sental dengan berus, sinki penuh dengan pinggan kotor, katil tak kemas, bazir elektrik (bukak tv tapi tidur), ayah balik keje lambat, adik balik keje lambat, bazir topup sebab asik gayut jerk, kuar rumah sesuka hati tak bagi tahu dia dan sebagainya pasti ibuku yang sangat risau tentang semuanya...
Begitulah ibuku yang sangat ambil berat orangnya....
Kadang-kadang,,
Gelagat ibu yang sedemikian rupa sangat menyentuh hati hinggakan dia sendiri tidak sedar perbuatannya itu mengundang gelak ketawa kami sekeluarga...
Begitulah ibu yang sangat ceria...
Tetapi....................................
Sekarang sudah tiada lagi sifat2 semulajadi ibuku... Sudah hampir setahun dia diserang penyakit yang sukar untuk diubati iaitu kanser...Lebih teruk lagi, kanser itu tidak dapat dikesan puncanya..
Pada mulanya, ianya sungguh sukar untuk aku terima hakikat tetapi apakan daya..Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..Aku sebagai anak yang hanya melihat tidak sama beban yang ditanggung oleh penerimanya iaitu ibuku...
Kenapa aku kata sudah tiada lagi sifat2 semulajadinya yang dahulu?
Kerana sekarang dia hanya mampu berbaring di atas katilnya...Kali ini, dah masuk kali ketiga ibuku menjalani kimoteraphy..Kesan kimo ini sangat memberi perubahan kepada dirinya.,.Dia mudah muntah, badan terasa lemah dan sengal-sengal, hilang selera makan dan yang lebih nampak jelas perubahannya apabila rambut ibu kini kian susut, gugur hingga botak..
Kadang- kadang tu ibu oke sangat.. hilang segala sakitnya hinggakan boleh ikut aku gi shopping..
Dan aku juga boleh ter "hilang ingatan" untuk sementara waktu yang perlu aku ingat ibu masih sakit dan perlu menjalani kimoteraphy untuk kali keempat...
Apa pun yang berlaku, aku sedia terima segala takdir-Nya..Tiada manusia yang inginkan sakit dan aku tahu Tuhan itu sangat adil kerana memberi sakit itu pada ibu kerana ibuku sangat penyabar orangnya..
Dia tidak pernah mengeluh menerima dugaan ini tetapi hanya sesekali mengaduh sakit dan akan memanggil anak-anaknya untuk berada disisinya. Aku tahu, ibu sangat perlukan perhatian daripada ahli keluarganya sekarang ini..
Terlintas difikiranku sejenak, ada kebaikannya aku buat praktikal di Johor Bahru kerana selama 3 kali ibu buat kimo, aku akan bermalam bersama ibu di hospital dan pulang ke rumah seawal 5 pagi untuk bersiap ke tempat kerja pula. Walau apa pun, itu tanggungjawb aku sebagai anaknya...Aku hanya mampu berdoa untuk ibu supaya sentiasa dalam keadaan yang sihat dan bahagia disamping keluargaku yang lainnya..
Amin.
p/s: Hargailah ibu kerana tiada pengganti dirinya...
February 23, 2009
TAG..TAG..TAG..
February 13, 2009
PERIHATIN KER AKU NIE????
Post kali ini ditulis adalah bagi memenuhi permintaan seorang rakan aku yang sama2 menjalani practical training di Astro Awani..Beliau sedang mencari dan mengumpul pendapat2 dari golongan remaja khususnya pelajar-pelajar IPTA/IPTS mengenai isu yg sedang melanda negara kita iaitu isu kegawatan ekonomi di Malaysia, bagaimana kerajaan boleh mengatasi masalah ini..?
Oleh itu, aku membuat keputusan untuk menulis dengan gaya yang lebih formal berbanding post sebelum ini sesuai dengan isu yang akan aku bincangkan ni...(formal x formal sgt lah kan, layan jerkkkkk....)
Rakanku yang dihormati,
Sememangnya,
Isu gawat ini membimbangkan banyak pihak. Tidak kira di sektor awam mahupun di sektor-sektor swasta, masyarakat juga mengalami tempias yang sama malah menerima impak yang lebih teruk akibat daripada krisis ini..
Seharusnya,
Kerajaan Malaysia harus memandang serius terhadap krisis ini...Pihak kerajaan juga hendaklah mengkaji, menyelidik, serta mentaksir semula punca-punca kepada berlakunya kegawatan ekonomi.
Justeru itu,
Kerajaan sepatutnya mengambil langkah yang drastik untuk mengatasi masalah ini. Terdapat banyak langkah yang boleh diambil oleh kerajaan seperti menyediakan kemudahan awam terutama peluang-peluang ekonomi yang membolehkan setiap rakyat mencapai dan mengekalkan keperluan hidup masing-masing. Hal ini dapat membantu rakyat untuk memingkatkan taraf hidup mereka tanpa mengira darjat, miskin mahupun kaya.
Selain daripada itu, kekayaan negara juga perlu dibahagi sama rata untuk semua rakyat menikmati dan memiliki kekayaan negara dengan saksama. Hal yang sedemikian ini penting bagi masyarakat untuk menggunakan kebendaan negara secara adil, khususnya kepada mereka yang dhaif supaya dapat merasai kekayaan itu walaupun di peringkat yang paling minimum. Bantuan secara langsung juga perlu dijalankan oleh pihak kerajaan bagi masyarakat yang hidup dalam kemiskinan atau yang tidak berkemampuan.
Walaubagaimanapun, kerajaan juga perlu megurangkan pengaliran matawang negara ke negara-negara luar. Sebaliknya, tampuk kepimpinan pihak kerajaan perlu mengambil inisiatif baru bagi meningkatkan lagi pengaliran matawang negara luar ke negara kita. Selain ianya meningkatkan nilai matawang negara, secara tidak langsung negara juga dapat menjurus ke arah inflasi.
Peranan kerajaan dalam pembangunan ekonomi negara sangat penting bagi memastikan ekonomi Malaysia berada ditahap yang stabil dari masa ke semasa. Oleh yang demikian, kerajaan perlu meneliti serta merangka semula teras pembangunan ekonomi dan melaksanakan dasar tersebut dengan lebih efisyen bagi menjana ekonomi stabil dan lebih bermutu diperingkat global.
Sekian. Terima kasih.
p/s: macam buat ucapan pulak, terasa cam tulis surat pon ada..hahaha...
February 7, 2009
LAIN ORG TANYA --- LAIN YG AKU JAWAB, MALU NYER!!!
Ianya berlaku semalam, 5 febuari 2009 iaitu hari khamis..Kami di unit Media dan Komunikasi dimaklumkan akan ade mesyuarat bersama dgn Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar Johor yg baru di lantik ..Mesyuarat besar2an yg pertama kali diadakan ini mengumpulkan staff2 yg bekerja di bawah Pejabat Menteri Besar Johor termasuk di Bukit Timbalan seramai 100 lebih staff ...(tp yg ade semalam x sampai 100 pon..)
Aku tiba disana dalam pukul 8.30 pagi, aku menempatkan diri aku di kerusi yg paling belakang...(Dewan tu mempunyai meja besar yg berbentuk Horse Shape...tau x?alaaa...biasanye kite selalu dengar U shape, tp kat sini aku di ajar untuk sebut Horse shape...ermmm...xpelah, mane2 pun same jek..)
Antara intipati yg dibincangkan dlm mesyuarat itu adalah pemberitahuan yg Pejabat Menteri Besar Johor ini akan berpindah ke Nusajaya pada bulan 3 nanti..(Itu jerk yg aku ingat, hahaha...sebab S/U Sulit tu punya suara perlahan sgt..padahal pakai mic tu)...Jadi aku pun buat lah agenda aku sendiri dgn kakak wartawan yg duduk sebelah aku dan juga yg sama unit ngan aku..
Dalam pada keasyikkan berbual ...(wartawan klu jumpa PR...alamat nye memg x benti bercakap nye lah...),tiba2 aku nmpk seorg staff bercakap untuk memperkenalkan diri...dalam hati aku kata, eh ape la pulak ni...da pertengahan mesyuarat baru ada sesi perkenalan ke?...
Kemudian, seorang demi seorang perkenalkan diri...sampai ditempat aku...aku bangun dan bercakap..Untuk makluman, tempat yg aku duduk xde mic taw..so kena lah berdiri dan melontarkan suara yg kuat utk satu dewan dengar...
Dibawah adalah dialog perbualan aku dgn S/U Sulit Kanan ...
Aku: Assalamualaikum,
Nama saya Nur Suryani binti Ahmad...
Saya pelajar praktikal dari UiTM Shah Alam..
Sekarang saya ditempatkan di Unit Media dan Komunikasi...
S/U Sulit: Kamu amek ape?
Aku: Public Relations
S/U Sulit: Diploma ke Degree?
Aku: Degree
S/U Sulit: Dekat UiTM ade diploma x?
Aku: Diploma in Public Relations kt UiTM xde...Program di peringkat diploma hanya
menawarkan program diperingkat umum,.diperingkat degree nanti baru lah ada
specification seperti PR dan Journalism....
(wah, panjang berjela aku jawab...confidentttttttttt)...
S/U Sulit: Maksud saya, dekat UiTM Shah Alam, ada diploma mass communication x?
Aku: Ohh, xde..prgoram diploma mass communication ada di Puncak Alam tiada di
Shah Alam..
S/U Sulit: Terima Kasih...Awak boleh duduk...
Perghhhhhhhhhhhh,
Malu x malu la kan aku time tu...walaupun conversation aku dgn die nampak oke jerk...maksudnya semua ahli dewan x berbunyi ape2 pun, tp aku jerk yg rasa malu giler aku jawab salah....dah tu pulak, aku jawab solan yg salah tu confident ea....Ya Allah,..malu giler.....
Haa, macam tulah ceritanya...
lain yg orang tanya, lain yg aku jawab...
kata PR kena confident....!!!!
p/s: Pengajaran yg aku dapat, len kali xnk jawab over sgt...jawab yg mana aku rasa perlu jerk...ermm..
February 4, 2009
"BETUL BETUL BETUL"
Lamenye x tgk MOVIE...last aku tgk movie tahun lepas bulan 11 filem James Bond..."Quantom of Solace".....Terbatas rasanye pergerakan aku bile kt jay bee nie...al-maklum dok ngan family...lain la mase kt uitm aku dok kolej..nk kuar masuk kul bpe pon org len x amek peduli...smpaikan nak tgk wayang satu hari 2 cerita pon aku penah buat...giler best.... kaki wayang beb..
Sekarang ni cam x sabar2 nk tgu filem animasi pertama upin ipin yg dihasilkan oleh syarikat animasi Les' Copaque Malaysia...Aku memg suke giler tgk drama bersiri 5 minit nie di tv9..sanggup tgu nie wlupun 5 minit jerk...hahaha..dan lebih drastik lg, hmpir stiap hari aku akn bukak cd upin ipin utk tontonan ank buah aku Putra..(Padahal aku yg nk tgk tp nk cover ckp anak buah aku yg suke tgk...)
Nak tau lagi?
Buat maklumat tambahan ea,
Mase kt uitm aku and the geng selalu mkn kt restoran upin ipin kt seksyen 13, shah alam, Selangor...(promote skali nie)....makanan nye boleh tahan sedap dan harga juga berpatutan..kitorang pon penah buka puasa kt situ...boleh dikatakan, kalau nk cari tmpt makan, restoran upin ipin tetap ade dlm list yg disenaraikan oleh rakan2 aku...Korang yg duduk sekitar shah alam yg belom penah mencuba nasib makanan disitu, pergilah mencuba ye...pasti na dtg lagi nye....confirm! ...(giler persuade nie...hahaha)...
p/s: Jangan lupe ye saksikan filem ini di pawagam berdekatan anda pada
12 febuari 2009....datang beramai-ramai.....
January 23, 2009
"Air Tangan Aku", sedappppppppp ....
January 20, 2009
PROUD TO BE UITM STUDENTS! HAVE A READ..
Td pagi aku bz gler buat keje aku kt ofis..Aku kena cari contact sume IPTA & IPTS utk merealisasikan salah satu Projek dlm Company aku..Xyah la tau dulu ape name projek tu, nnti biler2 aku cite..Tgh aku bukak website UiTM, aku click kt bahagian HEP..Bangga nye aku bile bace announcement kt page tuu..
"CONGRATULATIONS UITM, WINNER OF THE PRESTIGOUS ANUGERAH KUALITI PERDANA MENTERI (AKPM) 2008.."
Aku xtau la plak kan biler Corporate Comm canseleri update info tu...NTAH2 DA BERZAMAN..hahaha...x mungkin, mesti bru jugak keputusan pertandingan tu..tapi, bile aku sendiri yg bukak dan aku bace, aku sbg student UiTM mestilah berasa bangga dan teruja...ape tak nye, ingat lg mase kempen minggu AKPM, aku mase tu kt Menara SAAS..Dah lah pkai jeans pastu leh lak terserempak dgn orang2 korporat yang aku difahamkan mase tu tgh audit tempat2 disekitar UiTM..kelam kabut aku cabut dr pandangan diorang.,,Skrg ni, dalam hati aku berkata, naseb baik diorang xnmpk aku, klu nmpk, mesti UiTM x menang..KAHKAHKAH...
p/s:UiTM DIHATIKU dan HATIKU DI UiTM...Tahniah.....
January 14, 2009
Internship>>>
Arini da masuk minggu kedua sebenarnye aku practical kt Pej. Mneteri Besar Johor..Aku keje dibwh Unit Media dan Konmunikasi...Stakat nie sume oke kt sini...Bak kate org, biasalah government keje rileks..adus...
Aku x phm betul knp ade persepsi mcmtu pd government..tp xpelah, yg penting aku hepi keje kt sini ...bukan hepi xde keje, tp hepi dgn rakan2 sekerja yg baik hati dn byk membantu.,..
Aku ni PR..PR mane ade xde keje..Keje PR kalah doktor..keje yg smpai 27jam sehari...tp tulah,aku dilayan dgn baik kt sini..pegawai2 kt sini byk bg tunjuk ajar kt aku...termasuk boss aku...haahaa...
Akhirnye aku dpt adapt diri aku kt tmpt keje nie..huhu..
Mesti nk tau atau pun tertnye2 keje ape jerk yg aku buat kt sini...Hari 1st aku masuk , aku da dpt meja aku sendiri...cayalah..tu biase kot, pastu ptgnye, aku kena join meeting dgn unit penyelidikan.. esoknye aku ditimbuni dgn keratan akhbar...NST, the star, berita harian, metro, harakah, utusan, dn macam2 lagi...mati aku...tp keje nye mudah jerk, juz buat paper cutting, then file kan...keje ni sume aku pnah buat mase part 4 dulu subjek corporate PR diajar oleh Ms. Monica..thanks God..
Then, aku diberitahu akn ade peluang pekerjaan baru x lame lg ..Jawatan Program Manager...wah..dgr nye memg best, tp ntah lah...aku perlu mencari dan menimba byk lg pengetahuan utk aku apply kerja tu...huhu...Skrg nie, aku tgh buat col ke hotel2 kt JB dan kt KL..call utk tnye quotation utk buat conference...sakit gak tlnga aku asik gayut jerk...serius,....
tp sumenye aku aggp sbg benda bru utk aku..tp xlah bru mane pun, dlu mase blajar pun penah buat benda yg same...lg teruk smpai kena marah, herdik dan sewaktu dgn nye..tp buat bodo jerk, hati kering la katakan...
oke..smpai sini jer buat mase ni ..nnti aku post lg..bye..
p/s: drop comment, thought, and ideas k/..