February 13, 2009

PERIHATIN KER AKU NIE????

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca...

Post kali ini ditulis adalah bagi memenuhi permintaan seorang rakan aku yang sama2 menjalani practical training di Astro Awani..Beliau sedang mencari dan mengumpul pendapat2 dari golongan remaja khususnya pelajar-pelajar IPTA/IPTS mengenai isu yg sedang melanda negara kita iaitu isu kegawatan ekonomi di Malaysia, bagaimana kerajaan boleh mengatasi masalah ini..?

Oleh itu, aku membuat keputusan untuk menulis dengan gaya yang lebih formal berbanding post sebelum ini sesuai dengan isu yang akan aku bincangkan ni...(formal x formal sgt lah kan, layan jerkkkkk....)




Rakanku yang dihormati,

Sememangnya,

Isu gawat ini membimbangkan banyak pihak. Tidak kira di sektor awam mahupun di sektor-sektor swasta, masyarakat juga mengalami tempias yang sama malah menerima impak yang lebih teruk akibat daripada krisis ini..



Seharusnya,

Kerajaan Malaysia harus memandang serius terhadap krisis ini...Pihak kerajaan juga hendaklah mengkaji, menyelidik, serta mentaksir semula punca-punca kepada berlakunya kegawatan ekonomi.



Justeru itu,

Kerajaan sepatutnya mengambil langkah yang drastik untuk mengatasi masalah ini. Terdapat banyak langkah yang boleh diambil oleh kerajaan seperti menyediakan kemudahan awam terutama peluang-peluang ekonomi yang membolehkan setiap rakyat mencapai dan mengekalkan keperluan hidup masing-masing. Hal ini dapat membantu rakyat untuk memingkatkan taraf hidup mereka tanpa mengira darjat, miskin mahupun kaya.


Selain daripada itu, kekayaan negara juga perlu dibahagi sama rata untuk semua rakyat menikmati dan memiliki kekayaan negara dengan saksama. Hal yang sedemikian ini penting bagi masyarakat untuk menggunakan kebendaan negara secara adil, khususnya kepada mereka yang dhaif supaya dapat merasai kekayaan itu walaupun di peringkat yang paling minimum. Bantuan secara langsung juga perlu dijalankan oleh pihak kerajaan bagi masyarakat yang hidup dalam kemiskinan atau yang tidak berkemampuan.


Walaubagaimanapun, kerajaan juga perlu megurangkan pengaliran matawang negara ke negara-negara luar. Sebaliknya, tampuk kepimpinan pihak kerajaan perlu mengambil inisiatif baru bagi meningkatkan lagi pengaliran matawang negara luar ke negara kita. Selain ianya meningkatkan nilai matawang negara, secara tidak langsung negara juga dapat menjurus ke arah inflasi.


Peranan kerajaan dalam pembangunan ekonomi negara sangat penting bagi memastikan ekonomi Malaysia berada ditahap yang stabil dari masa ke semasa. Oleh yang demikian, kerajaan perlu meneliti serta merangka semula teras pembangunan ekonomi dan melaksanakan dasar tersebut dengan lebih efisyen bagi menjana ekonomi stabil dan lebih bermutu diperingkat global.


Sekian. Terima kasih.







p/s: macam buat ucapan pulak, terasa cam tulis surat pon ada..hahaha...

13 comments:

bob chairell syafieq said...

wah sue... boleh tahan komen u... tp x perlu la intro2 nie. malu i...haha

MisZ SuE said...

haha.,,
really?
i goreng jerk...kahkahkah...
the intro tu i state name pon..no need to shy k..
atleast,its come from my heart..
hehehehe

Mr Jon said...

Wahhhhhh.....
Kalau Mr Jon cikgu BM kan....
Mr Jon bagi A untuk karangan ni ...bagos-bagos....

MisZ SuE said...

hahaha...
tq la ek mr.jon..xnk A, nak A+..
hehehe...
lame x buat karangan, dulu mase skolah rajin mengarang...


ngheeee...

AuR said...

susah r sue...
even dorg kumpul pndpt kita, aku tau 2 sume xsmpi kemana..stkt atas report paper jek...
astro journalists jgn mrh k...
aku tau korg jz jlnkn tugas...

Anonymous said...

sue,pasni wt dalam format surat kiriman rasmi plak k..chayok2..

MisZ SuE said...

itu semestinye kot..
juz amek pndpt org awam tp sbnrnye x praktikkan pon...
sbb tu org ramai yg lebih cerdik pandai skrg ni xnk terlibat sgt dgn politik..sebaliknye, mereka2 yg giler kuasa, giler kan nama yg terkejar2 jawatan di kementerian khususnya..
perghhh.,emo lak tetiba..

MisZ SuE said...

hahaha..
format kiriman surat rasmi..
boleh2,
kehkehkeh..


p/s:masih terpahat lg di ingatan nie mcm ne cikgu kt skolah ajar tulis surat kiran rasmi and x rasmi...

Mr Jon said...

Terpahattttt nihhhhh.... (intonasi dan gaya Lobo)

MisZ SuE said...

lobo mesti ckp ngn muka2...
hahaha..

Class PRO 622 said...

sue..
ejan 'perihatin' 2 salah..

pembetulan..
"PRIHATIN"

Sekian daripada saye yg prihatin..

tq

Class PRO 622 said...

eh..en. prihatin ingin m'buat p'betulan..

ejan = 'EJAAN'


P/S> YG BAIK DTG NYE DR ALLAH, YG BURUK DTG NYE DR MANUSIA..

MisZ SuE said...

hehe..
alrite..thanks a mr. prihatin..