February 27, 2009

CERITA TENTANG IBUKU.....

Rasa macam nak cerita pasal ibu arini...Entah kenapa hati terdetik hiba apabila membaca blog rakan se-universiti ku yang juga menceritakan tentang betapa sayangnya dia kepada ibunya...

Ibu..ibu...ibu...


Nak bangun pagi mesti dengar suara ibu dulu sebelum dengar suara orang lain dalam rumah aku..Setiap hari dia akan bangun lebih awal daripada yang lain untuk melakukan aktiviti hariannya seperti mengemas rumah, basuh pakaian, menyediakan sarapan, kejutkan ayah, dan termasuk aku..

Begitulah kerja harian ibuku...

Bila ayah balik keje, ayah mesti cerita semua hal yg berlaku kt ofis pada ibu...Bila adik aku pulang dari kerja, dia juga melakukan perkara yang sama bercerita masalah, berkongsi pengalaman bersama ibu...Dan macam tu jugak aku...di UiTM dulu, hampir 2 hari sekali aku pasti akan menelefon ibuku yg berada di Johor Bahru sekurang-kurangnya untuk bertanyakan khabarnya, barulah aku akan bercerita jika ada perkara-perkara yang menarik untuk aku berkongsi dengan ibu...

(yang pasti aku tidak akan sesekali menceritakan perkara yang buruk yang boleh buat ibu risau tentang diriku)

Begitulah ibuku sebagai pendengar yang setia....

Bila datang bil elektrik, bil astro, bil air, paip bocor, atap bocor, engsel pintu tertanggal, rumah berserak macam tongkang pecah, bilik air tak sental dengan berus, sinki penuh dengan pinggan kotor, katil tak kemas, bazir elektrik (bukak tv tapi tidur), ayah balik keje lambat, adik balik keje lambat, bazir topup sebab asik gayut jerk, kuar rumah sesuka hati tak bagi tahu dia dan sebagainya pasti ibuku yang sangat risau tentang semuanya...


Begitulah ibuku yang sangat ambil berat orangnya....

Kadang-kadang,,

Gelagat ibu yang sedemikian rupa sangat menyentuh hati hinggakan dia sendiri tidak sedar perbuatannya itu mengundang gelak ketawa kami sekeluarga...


Begitulah ibu yang sangat ceria...




Tetapi....................................





Sekarang sudah tiada lagi sifat2 semulajadi ibuku... Sudah hampir setahun dia diserang penyakit yang sukar untuk diubati iaitu kanser...Lebih teruk lagi, kanser itu tidak dapat dikesan puncanya..


Pada mulanya, ianya sungguh sukar untuk aku terima hakikat tetapi apakan daya..Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..Aku sebagai anak yang hanya melihat tidak sama beban yang ditanggung oleh penerimanya iaitu ibuku...


Kenapa aku kata sudah tiada lagi sifat2 semulajadinya yang dahulu?


Kerana sekarang dia hanya mampu berbaring di atas katilnya...Kali ini, dah masuk kali ketiga ibuku menjalani kimoteraphy..Kesan kimo ini sangat memberi perubahan kepada dirinya.,.Dia mudah muntah, badan terasa lemah dan sengal-sengal, hilang selera makan dan yang lebih nampak jelas perubahannya apabila rambut ibu kini kian susut, gugur hingga botak..



Kadang- kadang tu ibu oke sangat.. hilang segala sakitnya hinggakan boleh ikut aku gi shopping..
Dan aku juga boleh ter "hilang ingatan" untuk sementara waktu yang perlu aku ingat ibu masih sakit dan perlu menjalani kimoteraphy untuk kali keempat...



Apa pun yang berlaku, aku sedia terima segala takdir-Nya..Tiada manusia yang inginkan sakit dan aku tahu Tuhan itu sangat adil kerana memberi sakit itu pada ibu kerana ibuku sangat penyabar orangnya..


Dia tidak pernah mengeluh menerima dugaan ini tetapi hanya sesekali mengaduh sakit dan akan memanggil anak-anaknya untuk berada disisinya. Aku tahu, ibu sangat perlukan perhatian daripada ahli keluarganya sekarang ini..


Terlintas difikiranku sejenak, ada kebaikannya aku buat praktikal di Johor Bahru kerana selama 3 kali ibu buat kimo, aku akan bermalam bersama ibu di hospital dan pulang ke rumah seawal 5 pagi untuk bersiap ke tempat kerja pula. Walau apa pun, itu tanggungjawb aku sebagai anaknya...Aku hanya mampu berdoa untuk ibu supaya sentiasa dalam keadaan yang sihat dan bahagia disamping keluargaku yang lainnya..


Amin.






p/s: Hargailah ibu kerana tiada pengganti dirinya...

February 23, 2009

TAG..TAG..TAG..

Copy & paste into a new note with your answers replacing mine. Then tag a few random people in your friends list and have them do the same.
Last beverage
hot nes
Last phone call
my ex-bf
Last instant message
my colleague
Last song you listened to
yesterday..
Last time you cried
a few weeks ago
HAVE YOU EVER:
Dated someone twice
yup
Been cheated on
yes
Kissed someone & regretted it
errrrr...maybe
Lost someone special
hmm...maybe yes..maybe not
IN THE PAST MONTH HAVE YOU:
Fallen out of love
nop
Laughed until you cried
nop
Met someone who changed your life
not yet
How many kids do you want to have
not more then 5
Do you have any pets
nop
Do you want to change your name
no need
What time did you wake up today
5.30 am
What were you doing at midnight last night
sleeping
Name something you CANNOT wait for
finish my internship
Last time you saw your father
yesterday nite
What's one thing you wish you could change
take care of my mom b4 she got a cancer
Have you ever talked to a person named Tom
nop
What's getting on your nerves right now
when boss look at me
Zodiac Sign
Aries
Primary School
Sek. Ren. Larkin (2)
Secondary School
Sek. Men. Majidee. Bahru
Hair color
black..but not really black actually..huhu..
Long or short
of course long hair because i love it
Are you a health freak
dunno
Righty or left
special lefty
FIRSTS:
First surgery
Nop
First piercing
7 years old
First best friend(s)
azie..(maybe).. and now she also doing an internship at HONDA
First sport you joined
running in gunny-sack..kahkahkah
First pet
cat
First vacation
bkt merah lake town resort..malaysia jerk..hehe
First crush
can't remember
CURRENTLY :
Eating
Biscuits
Drinking
hot nes
Waiting
end of my internship
YOUR FUTURE :
Want kids?
of course
Want to get married?
absolutely want it
Careers in mind?
dunno
HAVE YOU EVER:
Kissed a stranger
never
Lost glasses/contacts
didn't wear it
Ran away from home
never too
Broken someone's heart
yes and maybe will do it again..hahaha
Been arrested
nop
Turned someone down
maybe..but pls not take it seriously..i didn't mean it..
Cried when someone died
yes i do if he/she related with me
DO YOU BELIEVE IN:
Yourself
of course
Miracles
....
Love at first sight
depends of many thing
Heaven
yup
Santa Claus
nothing to say
Kiss on the first date
never okey
Angels
absolutely
ANSWER TRUTHFULLY :
Is there's one person you want to be with right now?
yes
Had more than one boyfriend/girlfriend at one time
nop
Do you believe in God?
yup and of course

February 13, 2009

PERIHATIN KER AKU NIE????

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca...

Post kali ini ditulis adalah bagi memenuhi permintaan seorang rakan aku yang sama2 menjalani practical training di Astro Awani..Beliau sedang mencari dan mengumpul pendapat2 dari golongan remaja khususnya pelajar-pelajar IPTA/IPTS mengenai isu yg sedang melanda negara kita iaitu isu kegawatan ekonomi di Malaysia, bagaimana kerajaan boleh mengatasi masalah ini..?

Oleh itu, aku membuat keputusan untuk menulis dengan gaya yang lebih formal berbanding post sebelum ini sesuai dengan isu yang akan aku bincangkan ni...(formal x formal sgt lah kan, layan jerkkkkk....)




Rakanku yang dihormati,

Sememangnya,

Isu gawat ini membimbangkan banyak pihak. Tidak kira di sektor awam mahupun di sektor-sektor swasta, masyarakat juga mengalami tempias yang sama malah menerima impak yang lebih teruk akibat daripada krisis ini..



Seharusnya,

Kerajaan Malaysia harus memandang serius terhadap krisis ini...Pihak kerajaan juga hendaklah mengkaji, menyelidik, serta mentaksir semula punca-punca kepada berlakunya kegawatan ekonomi.



Justeru itu,

Kerajaan sepatutnya mengambil langkah yang drastik untuk mengatasi masalah ini. Terdapat banyak langkah yang boleh diambil oleh kerajaan seperti menyediakan kemudahan awam terutama peluang-peluang ekonomi yang membolehkan setiap rakyat mencapai dan mengekalkan keperluan hidup masing-masing. Hal ini dapat membantu rakyat untuk memingkatkan taraf hidup mereka tanpa mengira darjat, miskin mahupun kaya.


Selain daripada itu, kekayaan negara juga perlu dibahagi sama rata untuk semua rakyat menikmati dan memiliki kekayaan negara dengan saksama. Hal yang sedemikian ini penting bagi masyarakat untuk menggunakan kebendaan negara secara adil, khususnya kepada mereka yang dhaif supaya dapat merasai kekayaan itu walaupun di peringkat yang paling minimum. Bantuan secara langsung juga perlu dijalankan oleh pihak kerajaan bagi masyarakat yang hidup dalam kemiskinan atau yang tidak berkemampuan.


Walaubagaimanapun, kerajaan juga perlu megurangkan pengaliran matawang negara ke negara-negara luar. Sebaliknya, tampuk kepimpinan pihak kerajaan perlu mengambil inisiatif baru bagi meningkatkan lagi pengaliran matawang negara luar ke negara kita. Selain ianya meningkatkan nilai matawang negara, secara tidak langsung negara juga dapat menjurus ke arah inflasi.


Peranan kerajaan dalam pembangunan ekonomi negara sangat penting bagi memastikan ekonomi Malaysia berada ditahap yang stabil dari masa ke semasa. Oleh yang demikian, kerajaan perlu meneliti serta merangka semula teras pembangunan ekonomi dan melaksanakan dasar tersebut dengan lebih efisyen bagi menjana ekonomi stabil dan lebih bermutu diperingkat global.


Sekian. Terima kasih.







p/s: macam buat ucapan pulak, terasa cam tulis surat pon ada..hahaha...

February 7, 2009

LAIN ORG TANYA --- LAIN YG AKU JAWAB, MALU NYER!!!

Ceritanye macam ni, ....

Ianya berlaku semalam, 5 febuari 2009 iaitu hari khamis..Kami di unit Media dan Komunikasi dimaklumkan akan ade mesyuarat bersama dgn Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar Johor yg baru di lantik ..Mesyuarat besar2an yg pertama kali diadakan ini mengumpulkan staff2 yg bekerja di bawah Pejabat Menteri Besar Johor termasuk di Bukit Timbalan seramai 100 lebih staff ...(tp yg ade semalam x sampai 100 pon..)

Aku tiba disana dalam pukul 8.30 pagi, aku menempatkan diri aku di kerusi yg paling belakang...(Dewan tu mempunyai meja besar yg berbentuk Horse Shape...tau x?alaaa...biasanye kite selalu dengar U shape, tp kat sini aku di ajar untuk sebut Horse shape...ermmm...xpelah, mane2 pun same jek..)

Antara intipati yg dibincangkan dlm mesyuarat itu adalah pemberitahuan yg Pejabat Menteri Besar Johor ini akan berpindah ke Nusajaya pada bulan 3 nanti..(Itu jerk yg aku ingat, hahaha...sebab S/U Sulit tu punya suara perlahan sgt..padahal pakai mic tu)...Jadi aku pun buat lah agenda aku sendiri dgn kakak wartawan yg duduk sebelah aku dan juga yg sama unit ngan aku..

Dalam pada keasyikkan berbual ...(wartawan klu jumpa PR...alamat nye memg x benti bercakap nye lah...),tiba2 aku nmpk seorg staff bercakap untuk memperkenalkan diri...dalam hati aku kata, eh ape la pulak ni...da pertengahan mesyuarat baru ada sesi perkenalan ke?...

Kemudian, seorang demi seorang perkenalkan diri...sampai ditempat aku...aku bangun dan bercakap..Untuk makluman, tempat yg aku duduk xde mic taw..so kena lah berdiri dan melontarkan suara yg kuat utk satu dewan dengar...


Dibawah adalah dialog perbualan aku dgn S/U Sulit Kanan ...

Aku: Assalamualaikum,
Nama saya Nur Suryani binti Ahmad...
Saya pelajar praktikal dari UiTM Shah Alam..
Sekarang saya ditempatkan di Unit Media dan Komunikasi...


S/U Sulit: Kamu amek ape?


Aku: Public Relations


S/U Sulit: Diploma ke Degree?


Aku: Degree


S/U Sulit: Dekat UiTM ade diploma x?


Aku: Diploma in Public Relations kt UiTM xde...Program di peringkat diploma hanya
menawarkan program diperingkat umum,.diperingkat degree nanti baru lah ada
specification seperti PR dan Journalism....

(wah, panjang berjela aku jawab...confidentttttttttt)...



S/U Sulit: Maksud saya, dekat UiTM Shah Alam, ada diploma mass communication x?


Aku: Ohh, xde..prgoram diploma mass communication ada di Puncak Alam tiada di
Shah Alam..


S/U Sulit: Terima Kasih...Awak boleh duduk...





Perghhhhhhhhhhhh,
Malu x malu la kan aku time tu...walaupun conversation aku dgn die nampak oke jerk...maksudnya semua ahli dewan x berbunyi ape2 pun, tp aku jerk yg rasa malu giler aku jawab salah....dah tu pulak, aku jawab solan yg salah tu confident ea....Ya Allah,..malu giler.....

Haa, macam tulah ceritanya...
lain yg orang tanya, lain yg aku jawab...

kata PR kena confident....!!!!













p/s: Pengajaran yg aku dapat, len kali xnk jawab over sgt...jawab yg mana aku rasa perlu jerk...ermm..

February 4, 2009

"BETUL BETUL BETUL"

Lamenye x tgk MOVIE...last aku tgk movie tahun lepas bulan 11 filem James Bond..."Quantom of Solace".....Terbatas rasanye pergerakan aku bile kt jay bee nie...al-maklum dok ngan family...lain la mase kt uitm aku dok kolej..nk kuar masuk kul bpe pon org len x amek peduli...smpaikan nak tgk wayang satu hari 2 cerita pon aku penah buat...giler best.... kaki wayang beb..


Sekarang ni cam x sabar2 nk tgu filem animasi pertama upin ipin yg dihasilkan oleh syarikat animasi Les' Copaque Malaysia...Aku memg suke giler tgk drama bersiri 5 minit nie di tv9..sanggup tgu nie wlupun 5 minit jerk...hahaha..dan lebih drastik lg, hmpir stiap hari aku akn bukak cd upin ipin utk tontonan ank buah aku Putra..(Padahal aku yg nk tgk tp nk cover ckp anak buah aku yg suke tgk...)


Nak tau lagi?

Buat maklumat tambahan ea,

Mase kt uitm aku and the geng selalu mkn kt restoran upin ipin kt seksyen 13, shah alam, Selangor...(promote skali nie)....makanan nye boleh tahan sedap dan harga juga berpatutan..kitorang pon penah buka puasa kt situ...boleh dikatakan, kalau nk cari tmpt makan, restoran upin ipin tetap ade dlm list yg disenaraikan oleh rakan2 aku...Korang yg duduk sekitar shah alam yg belom penah mencuba nasib makanan disitu, pergilah mencuba ye...pasti na dtg lagi nye....confirm! ...(giler persuade nie...hahaha)...

p/s: Jangan lupe ye saksikan filem ini di pawagam berdekatan anda pada

12 febuari 2009....datang beramai-ramai.....