February 27, 2009

CERITA TENTANG IBUKU.....

Rasa macam nak cerita pasal ibu arini...Entah kenapa hati terdetik hiba apabila membaca blog rakan se-universiti ku yang juga menceritakan tentang betapa sayangnya dia kepada ibunya...

Ibu..ibu...ibu...


Nak bangun pagi mesti dengar suara ibu dulu sebelum dengar suara orang lain dalam rumah aku..Setiap hari dia akan bangun lebih awal daripada yang lain untuk melakukan aktiviti hariannya seperti mengemas rumah, basuh pakaian, menyediakan sarapan, kejutkan ayah, dan termasuk aku..

Begitulah kerja harian ibuku...

Bila ayah balik keje, ayah mesti cerita semua hal yg berlaku kt ofis pada ibu...Bila adik aku pulang dari kerja, dia juga melakukan perkara yang sama bercerita masalah, berkongsi pengalaman bersama ibu...Dan macam tu jugak aku...di UiTM dulu, hampir 2 hari sekali aku pasti akan menelefon ibuku yg berada di Johor Bahru sekurang-kurangnya untuk bertanyakan khabarnya, barulah aku akan bercerita jika ada perkara-perkara yang menarik untuk aku berkongsi dengan ibu...

(yang pasti aku tidak akan sesekali menceritakan perkara yang buruk yang boleh buat ibu risau tentang diriku)

Begitulah ibuku sebagai pendengar yang setia....

Bila datang bil elektrik, bil astro, bil air, paip bocor, atap bocor, engsel pintu tertanggal, rumah berserak macam tongkang pecah, bilik air tak sental dengan berus, sinki penuh dengan pinggan kotor, katil tak kemas, bazir elektrik (bukak tv tapi tidur), ayah balik keje lambat, adik balik keje lambat, bazir topup sebab asik gayut jerk, kuar rumah sesuka hati tak bagi tahu dia dan sebagainya pasti ibuku yang sangat risau tentang semuanya...


Begitulah ibuku yang sangat ambil berat orangnya....

Kadang-kadang,,

Gelagat ibu yang sedemikian rupa sangat menyentuh hati hinggakan dia sendiri tidak sedar perbuatannya itu mengundang gelak ketawa kami sekeluarga...


Begitulah ibu yang sangat ceria...




Tetapi....................................





Sekarang sudah tiada lagi sifat2 semulajadi ibuku... Sudah hampir setahun dia diserang penyakit yang sukar untuk diubati iaitu kanser...Lebih teruk lagi, kanser itu tidak dapat dikesan puncanya..


Pada mulanya, ianya sungguh sukar untuk aku terima hakikat tetapi apakan daya..Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..Aku sebagai anak yang hanya melihat tidak sama beban yang ditanggung oleh penerimanya iaitu ibuku...


Kenapa aku kata sudah tiada lagi sifat2 semulajadinya yang dahulu?


Kerana sekarang dia hanya mampu berbaring di atas katilnya...Kali ini, dah masuk kali ketiga ibuku menjalani kimoteraphy..Kesan kimo ini sangat memberi perubahan kepada dirinya.,.Dia mudah muntah, badan terasa lemah dan sengal-sengal, hilang selera makan dan yang lebih nampak jelas perubahannya apabila rambut ibu kini kian susut, gugur hingga botak..



Kadang- kadang tu ibu oke sangat.. hilang segala sakitnya hinggakan boleh ikut aku gi shopping..
Dan aku juga boleh ter "hilang ingatan" untuk sementara waktu yang perlu aku ingat ibu masih sakit dan perlu menjalani kimoteraphy untuk kali keempat...



Apa pun yang berlaku, aku sedia terima segala takdir-Nya..Tiada manusia yang inginkan sakit dan aku tahu Tuhan itu sangat adil kerana memberi sakit itu pada ibu kerana ibuku sangat penyabar orangnya..


Dia tidak pernah mengeluh menerima dugaan ini tetapi hanya sesekali mengaduh sakit dan akan memanggil anak-anaknya untuk berada disisinya. Aku tahu, ibu sangat perlukan perhatian daripada ahli keluarganya sekarang ini..


Terlintas difikiranku sejenak, ada kebaikannya aku buat praktikal di Johor Bahru kerana selama 3 kali ibu buat kimo, aku akan bermalam bersama ibu di hospital dan pulang ke rumah seawal 5 pagi untuk bersiap ke tempat kerja pula. Walau apa pun, itu tanggungjawb aku sebagai anaknya...Aku hanya mampu berdoa untuk ibu supaya sentiasa dalam keadaan yang sihat dan bahagia disamping keluargaku yang lainnya..


Amin.






p/s: Hargailah ibu kerana tiada pengganti dirinya...

10 comments:

iezy said...

Ya Allah sue..aku tak tau pun yg ibu ko wat kimo... aku harap ko besabar je dengan dugaan ni... moga2 penyakit ibu ko sembuh... klu aku kat jb nak aku g ziarah ibu ko...

MaHlukPerOSaK said...

yap..betul tuh..hargailah ibu..kerna dia satu dalm seribu..tiada sapa boleh menjadi peganti selain dia yang satu...ibu..

MisZ SuE said...

erm..thx yan..sowi coz x bagi tau...xnk kecoh2 sbrnya..ermm

Mr Jon said...

Ya Allah.... Sue harap tabah hadapi dugaan ini....
Zul doakan mak Sue cepat sembuh...
Banyakan berdoa...

Haula Hati said...

tabahkan hati ye!!

kalau awk tabah....

ibu awk senang hati skit...

jgn lupa untuk senyum slalu...

sbb senyum tue menjadi penawar untuk sape2 pon...

=)

*ps:sy tau awk tabah!!

MisZ SuE said...

hye mhluk perosak..
erm,,skrg nie saye memg sgt mghargai ibu lebih dari yg lain2...
thx ea..

MisZ SuE said...

Thx zul..insyaallah..ibu akn sembuh..same2 la kite hargai ibu kita ea..

MisZ SuE said...

hye--this is mine--
thx coz mengetahui sye ni tabah orgnye..tp dlm pada ketabahan itulah pelbagai dugaan dtg bertimpa2..apa pun, sye trma tkdir nie..

Anonymous said...

i'm so sory 2 hear dat..
hope u & ur family tabah..

MisZ SuE said...

thx a lot cit me..but its oke for me..x siapa nak inginkan sebegini..so terima je lah ea..